Posts

Showing posts from January, 2018

Waktu yang sesuai datang ke Pulau Perhentian

Image
Bila waktu terbaik untuk datang bercuti ke Pulau Perhentian ? Ini soalan favourite customer. Bila bila bila ? okay , meh sis story. Waktu yang sesuai untuk datang bercuti ke Pulau Perhentian adalah di antara bulan Mac - Oktober tiap tahun. So jangan gatal - gatal nak datang selain dari bulan tersebut. Sebab bulan Nov - Februari , Pulau Perhentian masih dalam keadaan "belum bersedia" menerima kunjungan pelancong dek kerana monsun. Cuba tengok gambar kat atas tu , nak ke datang bercuti ke Pulau Perhentian dengan keadaan macam tu ? Mesti taknak kannnn ? So bersabar yer. Faham semua excited nak bercuti ke Pulau Perhentian tapi biarlah datang pada masa yang sesuai sebab kami sebagai travel agensi mengutamakan KESELAMATAN customer. Ombak tinggi , angin kuat , bot pon bergoyang , hujan lebat. Den pon tak sanggup nak masuk pulau.  So datang bulan Mac - Oktober ok. Tapi kan , bulan Mac - Julai , air laut di Pulau Perhentian , terbaik beb !!!! Super duper cantik !!! Dan

TRIP RM99 KE PULAU PERHENTIAN

Image
Trip bajet ke Pulau Perhentian. Digelar trip bajet sbb bajetnya memang ciput tapi nak jugak datang Pulau Perhentian hehehe Eh , korang tahu tak Pulau Perhentian ni kat mana ? Pulau Perhentian ni terletak di Negeri Terengganu Darul Iman. Daerah Kuala Besut. Sempadan dengan Kota Bharu. Wooowwww !!!! Makang kepok lekor kite !!! Pulau Perhentian antara salah satu Pulau tercantik di Malaysia tau selain Pulau Redang. So kehidupan dasar lautnya sangat cantik. Serius tak tipu ! Banyak hidupan laut unik dan pelik. Konon - konon macam feeling kat maldives lah tapi Pulau Perhentian memang cantik. Kagum dengan ciptaan Allah weyyy !!!!! Macam mana nak datang bercuti ke Pulau Perhentian tapi tak nak bajet kasar ? Dengan modal RM95 jer korang dah boleh bercuti ke Pulau Perhentian tau. Okay , biar sis story sikit. Senang jer , korang boleh ambik pakej daytrip. Search jer kat ig PERHENTIAN.OHSEM__ Korang akan jumpa pakej daytrip terbaik. Walaupon daytrip tapi tetap best tau. Sebab ap

Nama Pulau Perhentian

Image
Bagaimana Pulau Perhentian mendapat namanya ? Pada awalnya , Pulau Perhentian tiada nama khusus. Ianya cuma dijadikan tempat persinggahan untuk kapal - kapal dagang yang berulang - alik dari China ke Asia Tenggara dan beberapa tempat di Semenanjung Malaysia. Selain itu , Pulau Perhentian menjadi tempat persinggahan kapal - kapal garam dari Singgora untuk dihantar ke Negeri Terengganu. Dan kerana itu , ia dinamakan Pulau Perhentian kerana menjadi destinasi kapal - kapal dagang untuk singgah atau berhenti sebelum berlayar semula. Sehingga sekarang , Pulau Perhentian masih menjadi tempat perlindungan untuk kapal - kapal dagang dari ombak besar dan angin kencang. Dari situ , Pulau Perhentian mula berkembang menjadi destinasi tumpuan pelancong sehingga ke hari ini.