TRIP RM99 KE PULAU PERHENTIAN

Trip bajet ke Pulau Perhentian.

Digelar trip bajet sbb bajetnya memang ciput tapi nak jugak datang Pulau Perhentian hehehe

Eh , korang tahu tak Pulau Perhentian ni kat mana ?

Pulau Perhentian ni terletak di Negeri Terengganu Darul Iman. Daerah Kuala Besut. Sempadan dengan Kota Bharu. Wooowwww !!!! Makang kepok lekor kite !!!

Pulau Perhentian antara salah satu Pulau tercantik di Malaysia tau selain Pulau Redang. So kehidupan dasar lautnya sangat cantik. Serius tak tipu ! Banyak hidupan laut unik dan pelik. Konon - konon macam feeling kat maldives lah tapi Pulau Perhentian memang cantik. Kagum dengan ciptaan Allah weyyy !!!!!




Macam mana nak datang bercuti ke Pulau Perhentian tapi tak nak bajet kasar ?

Dengan modal RM95 jer korang dah boleh bercuti ke Pulau Perhentian tau. Okay , biar sis story sikit. Senang jer , korang boleh ambik pakej daytrip. Search jer kat ig PERHENTIAN.OHSEM__

Korang akan jumpa pakej daytrip terbaik. Walaupon daytrip tapi tetap best tau. Sebab apa ?

Sebab snorkeling trip dari pagi sampai petang. Confirm korang jadi dayang senandung HAHAHA Tapi sangat berbaloi sebab cover semua point snorkeling yang cantik - cantik kat Pulau Perhentian. Contohnya macam Nemo point , Coral Garden , Lata Air Berani , Shark Point , Turtle Bay.

Selain itu , dieorang akan singgah makan tengahari di Kampung Nelayan. Kat sini adalah penempatan awal orang Pulau Perhentian. So korang boleh lah tengok macam mana orang Pulau Perhentian hidup dan menetap kat sana. Walaupon jauh dari dunia luar , tapi mereka tetap moden tau hehehe

Last but not least , dieorang akan bawa kita pergi kincir angin which is TEMPAT WAJIB KUNJUNG kalau datang ke Pulau Perhentian. View dia makk aaiiii cantik gilosssss !!! Serius tak tipu !!! Bayangkan dah penat hiking tiba - tiba sampai puncak , terus tergumam. Sebab apa ? Perghhhh , view terbaik beb !!!!

So berbaloi tak bayar RM95 sahaja ? Tersangat berbaloi kan. So korang boleh booking daytrip atau pakej dgn PERHENTIAN OHSEM ni. 💯 trusted agent !!!!!

Thank for read. Moga bermanfaat !! Adiouss geng !!


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Waktu yang sesuai datang ke Pulau Perhentian

TRAVELOG PULAU PERHENTIAN : PAKEJ MURAH DAN BERBALOI TAPI MASIH OHSEM !!!