Waktu yang sesuai datang ke Pulau Perhentian



Bila waktu terbaik untuk datang bercuti ke Pulau Perhentian ?

Ini soalan favourite customer. Bila bila bila ?

okay , meh sis story. Waktu yang sesuai untuk datang bercuti ke Pulau Perhentian adalah di antara bulan Mac - Oktober tiap tahun. So jangan gatal - gatal nak datang selain dari bulan tersebut.

Sebab bulan Nov - Februari , Pulau Perhentian masih dalam keadaan "belum bersedia" menerima kunjungan pelancong dek kerana monsun. Cuba tengok gambar kat atas tu , nak ke datang bercuti ke Pulau Perhentian dengan keadaan macam tu ?

Mesti taknak kannnn ? So bersabar yer. Faham semua excited nak bercuti ke Pulau Perhentian tapi biarlah datang pada masa yang sesuai sebab kami sebagai travel agensi mengutamakan KESELAMATAN customer.

Ombak tinggi , angin kuat , bot pon bergoyang , hujan lebat. Den pon tak sanggup nak masuk pulau.  So datang bulan Mac - Oktober ok.

Tapi kan , bulan Mac - Julai , air laut di Pulau Perhentian , terbaik beb !!!! Super duper cantik !!! Dan time ni lah foreigner ramai sangat datang lepak Pulau Perhentian. Air biru jernih beb !!!!

Bulan Ogos - Oktober pon cantik jugak. Pendek kata Pulau Perhentian memang cantik lah. So sesiapa yang berhajat nak datang bercuti ke Pulau Perhentian time Cuti Tahun Baru Cina akan datang , baik batalkan niat korang. Sebab kalau cuaca buruk , pihak jabatan laut akan tutup jetty tau. So korang akan terkandas.

Nak bercuti tapi biar secara selamat. Datang dengan penuh excited so biar balik dengan penuh senyuman dan memori manis di hati. Pas tu confirmmmm korang akan repeat trip lagi lagi dan lagi hehehe

Lastly , tolong jaga kebersihan Pulau Perhentian sewaktu trip korang nanti. Yelah , sayang kan , Pulau Perhentian kan cantik , so jangan kita cemarkan kecantikkan itu dengan sampah dan sebagainya.

INGAT PULAU PERHENTIAN , INGAT KAMI !!!!!!



Sekian , moga bermanfaat. Adioss geng !!!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

TRAVELOG PULAU PERHENTIAN : PAKEJ MURAH DAN BERBALOI TAPI MASIH OHSEM !!!

TRIP RM99 KE PULAU PERHENTIAN